Wednesday, April 8, 2009

F1 team smkba 2009

pemilihan pasukan F1 telah selesai .. sebanyak 6 kumpulan telah menyertai pemilihan tempoh hari.
setelah sesi "interview" dijalankan , 6 orang pelajar telah terpilih menyertai pasukan F1..

jadi bagi yang tidak berjaya , jangan kecewa . bukan rezeki anda.. :] jika anda masih berminat dengan F1 , anda dialu-alukan untuk menyertai kelab F1 dan robotik .

bagi AHLI2 ROBOTIK , di sini ada 2 design Tshirt kelab,, jika ada yang nak beri suggestion , SILAKAN3...




Saturday, April 4, 2009

PASUKAN F1 SMKBA 2009

PENCARIAN AHLI PASUKAN F1 SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BAKAR ARANG!!

terbuka kepada pelajar tingkatan 4 ( keutamaan diberi kepada pelajar kelas SAINS ) ( 4 orang diperlukan )

dan

pelajar tingkatan 1 ( seorang sahaja ) dan tingkatan 2 ( seorang sahaja ) -- mendapat A atau B dalam subjek Sains , Matematik dan Bahasa Inggeris

*** kepada rakan pelajar yang mempunyai kepakaran dalam seni reka GRAFIK , mempunyai kemahiran melukis , melakar , kretif , mempunyai kemahiran berkomunikasi yang tinggi dan fasih berbahasa Inggeris ,, boleh dapatkan borang daripada Guru Penasihat Pasukan F1 - En Asrul Nizam . ****

Pengenalan

Kelab F1 dan Robotik Sekolah Menengah Kebangsaan Bakar Arang telah ditubuhkan sejak tahun 2007 , sejak kemunculan PASUKAN F1 DAN PASUKAN ROBOTIK pertama sekolah . Kelab ini adalah bertujuan mendedahkan rakan pelajar kepada teknologi .

Sekolah Menengah Kebangsaan Bakar Arang telah menyertai pertandingan F1 in Schools Technology Challenge 2 tahun berturut - turut ( tahun 2007 dan 2008 ) .

Tahun 2007 - Titanium Ace
dianggotai oleh :
Azrif : Team Leader / Graphic Designer
Hidayu : Manufacturing Engineer
Izzuddin : Design Engineer

- CHAMPION bagi pertandingan peringkat zon dan telah layak bertanding ke
peringkat Nasional di Kuala Lumpur pada tahun 2007

Tahun 2008 - Hyperspeed
dianggotai oleh :
Teoh Yang Horng : Team Leader / Design Engineer
Afiqah Hanani binti Anuarudin : Graphic Designer
S.Dinesh : Manufacturing Engineer
Teoh Hui Ting : Resource Manager

- Telah layak bertanding ke peringkat Nasional di Kuala Lumpur melalui Wild Cut
pada tahun 2008


bagi kelab F1 dan Robotik pula , para ahli akan disediakan dengan pelbagai aktiviti menarik setiap minggu dan setiap bulan . Jadi , kepada rakan pelajar yang tidak berpeluang menyertai Pasukan F1 , anda boleh menyertai Kelab F1 dan Robotik . Rakan pelajar akan didedahkan dengan kemahiran mereka bentuk model kereta F1 , seni reka grafik , kemahiran mereka bentuk robot dan bermacam lagi . Rakan pelajar juga akan diberi peluang untuk pergi ke Pertandingan F1 in Schools Technology Challenge sebagai penyokong pasukan sekolah kita!
Jadi , jangan lepaskan peluang ini .. SERTAI KAMI!!

beri nama anda kepada AJK Kelab :

PENGERUSI : AFIQAH HANANI BINTI ANUARUDIN ( 5 SAINS TULEN 1 )
NAIB PENGERUSI : S DINESH ( 5 SAINS TEKNIKAL 1 )
SETIAUSAHA : TEOH YANG HORNG ( 5 SAINS TEKNIKAL 1 )
PEN SETIAUSAHA : TEOH HUI TING ( 5 SAINS TULEN 1 )
BENDAHARI : NURUL IZZAH ( 5 SAINS TULEN 1 )

atau

GURU PENASIHAT :
- En Shabaruddin
- En Asrul Nizam


anda juga boleh tinggalkan nama , kelas anda di ruangan COMMENTS..